Friday, December 4, 2009

Sahabat-Sahabat Saya...

Friends Myspace Comments


Assalamualaikum wbt..

Sekadar satu tribute khas buat sahabat-sahabat yang mengajar saya erti manisnya ukhuwah antara kami.. Kebanyakan nama yang saya nyatakan di sini adalah nama-nama yang banyak menyokong seorang Maryam untuk terus berdiri kukuh, tercegat utuh di bumi Maahad.

Friends Myspace Comments


Yang paling utama, yang namanya perlu saya julang sebagai sahabat terbaik yang pernah saya miliki, sepanjang 16 tahun hidup sebagai manusia..

Awatif. Kemuliaan peribadi seorang Awatif boleh anda dapati di www.madihahdisini.blogspot . Selami dunia penulisan dan pandangan Awatif saya.

Di saat saya perlu dipuji, dia memuji.
Di saat saya perlu dikeji, dia mengeji.

Di saat saya kuat, dia memerhati dengan waspada.
Di saat saya longlai, dia menyokong penuh upaya.

Di saat saya ketawa, dia turut gembira.
Di saat saya berduka, dia tidak terkecuali daripada mengalirkan air mata.

Itulah Awatif saya,

yang tak jemu meluahkan rasa, yang tak bosan menitipkan kata...

Meskipun saya kejam padanya, dia tetap berdiri di belakang saya.
Meskipun saya jahat padanya, dia tetap menyokong saya.
Meskipun kami selalu berbeza, dia menjadikannya serupa.

Terima kasih Tuhan. Atas anugerahMu.. :)

Saya tidak sanggup membayangkan hari-hari saya di Maahad tanpa beliau.. tidak lengkap rasanya tidak bertemu dgn dia, meski untuk sehari.. Menjadi teman duduk di sebelah saya, kekosongan akan dirasai apabila beliau tidak hadir ke sekolah..

Quotes Myspace Comments


Yang kedua..

Alyani.

Terheretnya saya menjadi dhobithoh di bumi Maahad, saya terasa bagai terbeban dengan satu tanggungjawab besar di bahu ini. Terasa berat. Tapi saya menganggap itu bukan tanggungjawab. Tapi taklifat. Amanah. Amanah yang harus saya pikul dan saya tunaikan sebaiknya, walau apa cara sekalipun. Susah dan sulit rasanya..

Tapi Alyani mengubah persepsi saya.

Dia menyalurkan kekuatan.
Dia berkongsi pengalaman.
Dia menitipkan pesanan.
Dia memberikan panduan.
Dia meminjamkan pendengaran.

Yang lebih utama, kemanisan berukhuwah dan bersahabat lebih saya rasai. Saya mula rasa dihargai, apabila menerima ucapan terima kasih sebaik langsai melaksanakan tugas. Bukan mengharapkan balasan, tetapi apabila orang menghargai hasil kerja kita, terasa berbaloi penat yang dirasa.

Melalui Alyani, saya lebih dewasa.
Saya bukan lagi seorang pelajar biasa,
Yang datang ke sekolah untuk belajar semata-mata,
Yang selalu pulang tergesa-gesa,
Yang selalu merayau ke mana-mana..

Saya menjadi seorang yang baru..
Ke sekolah bukan sahaja menimba ilmu..
Tetapi juga menimba pengalaman baru..
Mengecap nikmat indahnya bersaudara..
Merasa lazatnya ukhuwah bersama..
Melalui jerih perit bersama..

Saya menjadi lebih teguh.
Saya menjadi lebih utuh.
Saya menjadi lebih kukuh!

Alyani mengajar saya, agar lebih dewasa. Tanpa beliau, mungkin saya masih di takuk lama...

Tidak mungkin untuk saya lupakan seorang Alyani, yang sudi mengubah saya ke haluan yang lebih baik..

Friends Myspace Comments


Yang ketiga..

Sufyah.

Agak terkejut juga apabila nama ini turut saya senaraikan. Kenapa? Kerana kami pernah berselisih pendapat. Bukan secara zahir, tapi batin. Maknanya, kami tidak bergaduh mulut. Tapi hati kami berperang sesama sendiri bersenjatakan mata.

Dia pernah menjadi ketua kelas saya semasa kami berada di Tingkatan 1. Hubungan kami terputus. Nasib menyebelahi saya pada mulanya, apabila saya naik ke kelas yang lebih elok di tingkatan 2. Di tingkatan 3, Suf meloncat ke kelas pertama dan menjadi seorang dhobithoh. Jika saya tidak menjadi dhobithoh di tingkatan empat, rasanya sampai sekarang saya dan dia masih seperti setahun dua kebelakangan ini.

Dia seorang yang baik. :)
[kawan saya semuanya baik. saya je yg jahat!]

Bersamanya, saya boleh berbicara apa sahaja. Dan saya masih ingat, dia teman pertama saya di Maahad yang saya bongkar kisah cinta monyet saya padanya. ;)

Kami menjadi renggang apabila saya menjadi 'budak nakal' di dalam kelas, apabila bergaul dengan beberapa 'budak nakal' juga. Sebagai raidah, kredibilitinya tercabar! Perpisahan kelas juga menjadi faktor kami menjadi lebih renggang.

Tapi saya masih menyenaraikan dia sebagai sahabat yang mencintai saya, dan saya juga mencintai beliau. Cinta sesama kami, sebagai kawan, fillah.. :)

Friends Myspace Comments


Seterusnya..

Irna.

Saya baru mengenalinya beberapa bulan kebelakangan ini. Di tingkatan tiga, saya belum pernah mendengar namanya, dan barangkali dia juga belum pernah mengenali saya. Kami bertemu di tingkatan empat, apabila kami sekelas.

Jujur saya katakan, pelajar kelas perdagangan dan ekonomi kurang bergaul dengan baik, menyebabkan saya dan yang lain agak susah untuk menyesuaikan diri di tingkatan empat, apabila pelajar dicampurkan. Alhamdulillah, kami berjaya, meskipun agak terlambat.

Beberapa bulan lalu, Irna menghubungi saya dan meminta pendapat saya. Kami berbual lama, sehinggalah beliau menyingkap rahsia terbesar dalam hidupnya. Yang saya rasakan ini akan mengikat kami sebagai kawan baik untuk tempoh jangka masa yang panjang. Dunia akhirat, barangkali!

Dua tiga bulan selepas itu, giliran saya pula memberitahu beliau rahsia saya, yang saya klasifikasikan sebagai penyimpul mati ukhuwah antara kami.

Melalui sajak-sajak yang beliau tulis untuk saya, yang boleh didapati di www.irnasofia.blogspot dan www.ungu-ranger.blogpsot , saya harus akui. Saya sangat menyayangi beliau. Saya sangat mencintai beliau. Dia yang saya panggil mama kadang-kadang, membuat saya lebih menghargai nikmat sihat, erti kehidupan dan manisnya berteman.

Khilaf saya kadangkala membiarkan dia sendirian, tidak dia hiraukan. Dia masih menjadikan saya teratas di hatinya, kerana katanya, kata-kata saya sudah cukup untuk menemaninya.

Mama, we are far away. But in heart, we are tied!

Kami melengkapi satu sama lain, dan menjadikan kelemahan masing2 sebagai kelebihan..

Friends Myspace Comments


Seterusnya..

Shuhaida Jusoh.

Tingkahnya bagi saya agak aneh. Kadangkala pelik. Ada masanya jelik. Selalunya, dia menyenangkan saya. Kesetiaannya pada saya, ketaatannya pada seorang dhobithoh, kewibawaannya sebagai pelajar dan ahli BADATI serta anak tunggal, dan kecekalannya. Dia membuatkan saya kagum.

Friends Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Seterusnya,

Mereka ini ialah insan-insan yang menyedarkan saya erti sahabat sejati. Di bumi Maahad, inilah orangnya yang menemukan saya dengan kehebatan ukhuwah.

Asma dan Amira.

Dulu kami bersama. Bagaikan belangkas. Tak lengkap hari kami di sekolah tanpa salah seorang. Aneh jadinya.

Tahun ini kami terpisah.
Masing2 dah berubah.

Masing2 sudah punyai teman baru.
Masing2 sudah punya kehidupan baru.

Namun, nama mereka masih saya pahat di hati, sebagai antara sahabat sejati di Maahad..

Kami tidak selalunya bersama, tetapi kami tahu, antara kami, ada sesuatu yang mengikat..

Friends Myspace Comments


Seterusnya..

Insan pertama yang memarakkan kembali api cita-cita di hati saya, yang sumbunya kian malap.

Fareeha Aisyah Aziz.

Berkongsi cita-cita sebagai juruterbang yang kian hari kian dirasakan sebagai mustahil, kami bebas berkongsi cerita. Kami bebas bertukar cereka. Kami bebas bercakap apa sahaja, asalkan mengenai cita2 kami.

Dia memberikan saya kekuatan. Dia membuatkan saya kagum dan kadangkala cemburu dengannya. Dengan ketabahan yang dia miliki. ;)

Friends Myspace Comments


Seterusnya..

Afifah, atau saya sapanya dengan nama Kak Eifa.

Kami saling mengenali sejak tingkatan 1 lagi, meskipun tidak akrab. Hanya akrab di tingkatan 3. Atas sebab apa? Entah! Keaiajaiban kuasa persahabatan yang mematrikan hubungan kami.

Yang pasti, dia selalu ada untuk saya, meskipun saya jarang ada untuknya. Yang paling membuat saya terharu, tahun ini dia menghadiahkan seutas gelang mutiara bersulam permata. Nampak agak mahal, sesuai dengan harganya yang mungkin dikongsi bayar dengan seorang lagi sahabat, Suziati. Saya terharu, kerana jujur saya katakan, ketika itu saya langsung tidak mengingati hari lahirnya eifa. Jahat, kan?

K.eifa, k.eifa ajar k.yam jadi sahabat yang lebih berperanan dan bertanggungjawab. Sorry yaaa!

Friends Myspace Comments



Di minda saya, inilah nama-nama yang boleh saya ulas sebagai sahabat terbaik..

Ada lagi...

Athirah Ghaffar, Syafiqah Shamsuddin, Huda Hassan. Farhana Azman, Zidni Nuran, Zeti Azham, Aliah Amirah, Afiah Abdul Kadir .. (sekadar menyebut beberapa nama) .

Yang lain, jangan bimbang.. Anda tiada di minda saya sekarang, tapi anda selalu di hati saya.. ;)

Friends Myspace Comments


Khas untuk semua...

Terima kasih!

Tanpa anda melengkapkan seorang Maryam, saya masih di takuk lama. Saya masih Maryam yang tak tahu apa-apa. Saya masih Maryam yang tidak punyai apa-apa.

Terima kasih sangat-sangat! Dan jutaan maaf, kerana saya bukanlah sahabat terbaik untuk anda..

Tolong!

Jangan pernah henti menyayangi saya, dan menyokong saya, kerana tanpa anda, siapalah saya...

Semoga Allah memberkati kita semua.. dan ukhuwah ini fillah, abadan abada..

Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Mabruk!

Wallahu'alam.

Wassalam.

Friends Myspace Comments



~Maryam Kamal.

Friday, October 23, 2009

Ngeri Lihat Countdown

Assalamualaikum wbt.

Seriau!!

Ngeriii!!

Countdown kat bawah ni dah tggal beberapa detik sahaja lagi.. Menuju ke SMU 2009.

Buat semua calon SMU 2009, terutamanya Maahad Muhammadi Perempuan's,

ALL THE BEST!

WE ARE THE BEST AMONG THE BEST SINCE TWO PWAST YEARS, AND THIS YEAR, MMP WILL GO STRAIGHT TO BE THE BEST!!

MMP BOLEH!!!

ALLAHUAKBAR!

Semoga berjaya kepada semua calon. Usaha sudah.. Ikhtiar pun sudah.. Tawakkal la ye...

=D

Tak sabar nak baca doa wehdah!

Ayuh kita bersatu hati!!

=D

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Saturday, September 19, 2009

Syawal Tahun Ini.

Assalamualaikum wbt.

Salam Lebaran.

Buat semua pembaca, juga semua MANGSA wawancara saya, maaf dipinta beribu kali andai ada tersalah taip, atau tersalah bicara. Ampun, yaa!

Semoga kita semua betul-betul menikmati hari kemenangan untuk kita ini, dengan sebenar-benarnya. Amin.

Wallahu'alam.

Wassalam.


Ikhlas,
Maryam Kamal.

Saturday, September 5, 2009

Bersama Fatini Darus

Assalamualaikum wbt…

Apa khabar?

Terima kasih diucapkan buat semua yang sudi menziarahi blog ketiga saya yang tidaklah seberepa ini. Yang paling penting, saya sangat berharap agar segala yang terlahir dan terzahir dapat kita singkap bersama. Insya-Allah.

Untuk entri kali ini, dengan sukacitanya saya mempersembahkan seorang insan yang memang saya kagumi semenjak tingkatan dua lagi.

Nurul Fatini binti Mohamad Darus.

Siapa dia?

Entah!

Itu jawapan saya, tiga tahun lalu. Semasa saya di tingkatan satu, tiada sebaris nama itu di ingatan saya.

Tapi sebaris nama itu tiba-tiba menjadi hafalan saya. Semenjak dia dianugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang PMRU MMP 2007, dia jadi popular. Ramai yang cemburu, dan saya tak terkecuali.

Semasa di menengah bawah, kami berlainan aliran menurut subjek KHB. Saya aliran Ekonomi Rumah Tangga (ERT) manakala dia, seperti lazimnya pelajar pintar, beraliran Perdagangan (P).

Terdapat jurang antara kami, pelajar ERT dan pelajar P. Memang jarang di antara pelajar ERT dan P bersahabat akrab, memandangkan ramai yang menganggap pelajar-pelajar P lebih pandai berbanding pelajar aliran ERT. Sungguh tak adil, kan? Tapi, memang betul…=D

Tingkatan empat menyatukan semua pelajar. Maksudnya, ada kemungkinan pelajar ERT sekelas dengan pelajar P. Ceh! (memula memang sangat tak best bagi saya sebab some of the P’s students ni, kerek!hahah..ampunn!!)

Sungguh tak sangka! Saya yang tak berapa nak genius ni, boleh sekelas dengan insan sehebat dia.. Mula-mula ditempatkan di 4sc2, sudah trdengar pelajar lain bercakap…

“Eh, korang tau tak? Pelajar Cemerlang PMRU, Fatini Darus masuk 4sc2!”

“Eh, ye ke? Habislah kita kalau macam tu… Tak dapatlah nak merasa nombor 1 dalam kelas ni…”

Memang benar… Selama hari ini, Fatini memang mendominasi ruang di dalam kelas. Namanya akan jadi popular sebaik sahaja mendapat markah. Dia antara yang mendapat tertinggi. Yang lain, termasuk saya… Telan air liur saja (kecuali beberapa orang yang sespesies dgnnya!). Alaahaiii…

Mewawancaranya, tak sangka dia mudah ketawa. Sopan ketawanya (tak seperti saya!). Seorang yang agak peramah, sesuatu di luar jangkaan saya kerana dia agak pendiam sebelum ini..

Ikutilah perbualan ekspres saya dan pelajar genius 4sc2 2009, Nurul Fatini Mohamad Darus.


Maryam:
~Ceritakan serba ringkas mengenai diri anda.


Fatini:
#Secara umumnya, sayaaa… Seorang pelajar, seorang anak, seorang hamba Allah….(ketawa kecil apabila melihat muka berkerut saya!)

Secara khususnya, nama saya Nurul Fatini Mohamad Darus. Saya dilahirkan pada 12 Februari 1993, bersamaan dengan 22 Syaaban 1413H. Saya merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Saya tak ada cita-cita khusus. Bagi saya, kalau dapat jadi cikgu pun dah okey.



Maryam:
~Bagaimana anda membahagikan masa?


Fatini:
#Realitinya, saya langsung tak bahagikan masa. Hidup saya memang tak terikat dengan jadual. Kalau buat jadual pun saya tak ikut… (ketawa kecil sekali lagi.)


Maryam:
~Bagaimana anda mengatasi masalah dalam menghadapi subjek sukar?


Fatini:
#Bagi saya, tiada subjek yang sukar, melainkan kita sendiri yang membuatkannya sukar. Semua subjek senang. Mudah cerita, saya tanya orang pandai. Saya suka cara itu. Rujuk orang yang lebih pandai daripada saya. (tak ketawa, sengih je memanjang!)


Maryam:
~Bagaimana dengan pemakanan anda?


Fatini:
#Saya makan semua benda yang halal, kecuali benda yang pelik-pelik dan eksotik! Semua yang saya nak, saya akan makan… Saya juga tiada makanan kegemaran, kerana semua saya suka!(ketawa kecil lagi…)


Maryam:
~Bagaimana anda istiqamah dalam berjaya?


Fatini:
#Istiqamah? (sekali lagi Fatini ketawa)

Saya biasanya menghafal pada last minute. Sebelum masuk dewan peperiksaan, saya banyakkan membaca ayat Kursi. Selain tu, saya ikut pesan nenek, dengan menyebut tiga daripada 99 nama-nama Allah yang indah, iaitu Al-Wahab, Ar-Razaq dan Al-Wadud.

Quotes Myspace Comments
MyNiceSpace.com


Maryam:
~Gambarkan MARYAM dalam satu perkataan.


Fatini:
#(Ketawa…lagi!)

ISTIMEWA!

Maryam, saya jealous dengan awak taw!!! Awak ada communication skill yang bagus. Macam mana awak boleh bercakap depan spectator yang ramai? Jealous saya dengan awak!



Maryam:
~(‘aiii..siapa interview siapa ni…’- dalam hati jep! =D)

Jangan pandang rendah pada diri sendiri. Saya ni cakap banyak, jadi tak peliklah kalau nak bercakap depan orang ramai…

Erm, Fatini.. Kata-kata terakhir anda?


Fatini:
#Doakan saya berjaya dunia akhirat jugaklah! (tiru jawapan Syafiqah.. dengan ketawa kecil sekali lagi!)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itulah perbualan singkat antara saya dan Fatini, disaksikan dua orang lagi teman sekelas.

Memang sungguh tak sangka, Cik Fatini ni mudah je nak ketawa.

Mengenai jawapannya kepada soalan saya, bagaimana dia istiqamah dalam berjaya, jawab Fatini dia belajar pada masa-masa terakhir.

Nasihat saya, kalau anda sama spesies dengan Fatini, yakni spesies born as a genius, bolehlah anda ikut methodnya. Insya Allah, anda akan mudah ingat apa yang harus dihafal.

Tapi saya kurang maklum last minute bagi Fatini tu berapa lama. Mungkin sebulan sebelum exam, dia panggil last minute.

Berlainan pula jika anda seperti saya, spesies yang born to be genius (kononnya!), dinasihatkan JANGANlah study last minute. Kesannya sangat berbahaya!

Kalaulah Fatini studi sebulan sebelum exam, saya kena tiga bulan sebelum exam. Tang tu yang malas. Alaahaiii! =D

Soalan yang sempat Fatini utarakan pada saya, membuatkan saya terfikir…

Kalaulah Fatini punyai segala-galanya… Maksud saya, kebijaksanaan, keupayaan untuk bercakap di hadapan ramai, kejelitaan, kemewahan, kebaikan, kerajinan dan segala macam jenis ‘ke…an’ lagi, dia pasti menjadi yang paling sempurna!

Ini membuatkan saya berfikir lagi, betapa Allah Maha Adil lagi Bijaksana.

Adil, kerana tak ada seorang pun hambaNya yang sempurna. Pasti ada yang punyai kekurangan.

Contohnya saya, mempunyai keyakinan untuk bercakap di hadapan ramai, namun bukan dari spesies yang genius secara natural born.

Bijaksana, kerana Dia tahu, hambaNya akan saling merujuk antara satu sama lain, demi sebuah kesempurnaan. Dengan ini, ukhuwwah antara hambaNya akan terjalin.

Contohnya, sebelum ini, saya yang tak sempurna ni langsung tak tahu tentang Fatini. Tapi bila berhadapan dengan dia, saya rasa seronok je! Like everything’s perfect! Kebijaksanaan dia dan kelebihan saya menjadi adunan yang cukup bagus. Alhamdulillah…

Saya kumpul banyak ilmu dari Fatini. Positive-thinking, easy to laugh, dan saya jumpa dalil ‘aqli tentang sifat ADIL dan BIJAKSANA ALLAH.. Alhamdulillah.

Yang lain…

~Bagi saya, orang spesies Fatini tak boleh jadi cikgu. Pandai sangat! Dia patut jadi saintis ke, ahli astronomi ke, pakar sakit puan ke, ataupun Ketua Pensyarah segala pensyarah..=D

~Sangat berfikiran positif! Dia mengakui, tak ada subjek yang susah, melainkan kita yang buat ia susah. Saya memang terngadah masa dengar jawapan tu. Dalam fikiran, dah melintas Add-Math, Chemi, Physics…

~Memang dia orang yang tak ambil kisah sangat pasal masalah.. Bagus betul!

~Tak pernah megah dengan kelebihan diri. Malah rasa kekurangan pulak tu. Siap jealous lagi dengan saya!

Semoga antunna juga boleh mendapat ilmu daripada blog yang tak seberapa ni. Yang tersurat, ambil cepat-cepat. Yang tersirat, gali sampai dapat!

Comment Back Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Wallahu’alam.

Wassalam.

Ikhlas,Maryam Kamal.

Monday, August 31, 2009

Bersama Ain...

Assalamualaikum wbt.

Kelmarin, saya berkongsi cerita mengenai seorang hafizah merangkap naibah a.k.a assistant monitor kelas saya, 4 sc 2.

Kali ini, cerita mengenai raidah kami a.k.a class monitor merangkap Ketua Umum (KU) ASPURI MMP bagi sesi 2009-2010 akan dipersembahkan.

Yang nyata, bukan sekadar cerita, tetapi insya Allah, sama-sama kita kutip ilmu di sebalik yang terzahir..

Saya mengenali Ain sejak tingkatan satu, ketika masih menjadi warga ASPURI. Dami Allah, terdetik di hati kecil saya, betapa sombongnya Ain. Yelah, budak pandai + cute macam dia, memang menjadi intaian kakak2 senior untuk dijadikan adik angkat. Famous pulak tu... Tak ada sebab Ain tak berlagak, kan? =D

Saya tak pernah berkomunikasi dengannya. Hanya kenal tuan, dan nama. Namun, ketika di tingkatan empat, hubungan kami menjadi lebih baik. Dia raidah saya, dan saya dhobithohnya. =)

Secara peribadi, Ain memang saya kagumi. Tugasnya sebagai Raidah di sekolah sudah berat bagi saya. Namun, di asrama, beliau merupakan Ketua Umum. Di rumah pula, beliau merupakan anak kepada Encik Yasin. Sebagai pelajar misali, dia tidak gagal dalam sentiasa mencemerlangkan dirinya..

(saya selesa memanggil Ain dengan panggilan 'kak' di pangkal namanya...entah mengapa!)

Ikuti perbualan singkat saya dan Ain, yang saya curi waktu emasnya di kelas tengah hari tadi..

Maryam :
~Kak Ain, ceritakan sikit tentang diri Kak Ain.

Ain :
# Nama saya Nur _ _ _ _ _ _ Ain binti Mohamed Yasin. Dilahirkan pada 30 Disember 1993. Saya tinggal di Machang. Saya merupakan anak ke 8 daripada 10 orang adik beradik. Harapan orang tua agar saya menjadi seorang doktor suatu hari nanti.


Maryam :
~Sejak bila Kak Ain tinggal di asrama?

Ain :
#Sejak tingkatan satu lagi. Untuk berulang setiap hari dari Machang ke KB, jauh!


Maryam :
~Sejak bila Kak Ain dilantik menjadi exco ASPURI?

Ain :
#Tingkatan empat.

Maryam :
~Apakah dugaan yang Kak Ain lalui sepanjang tinggal di asrama?

Ain :
#Selipar Jepun selalu hilang. Masa Form 2 pernah jugak buat kesalahan. Namun, Allah hantar seseorang untuk menegur saya. Selain tu, saya pernah main bunga api jam 12 tengah malam di pekarangan masjid ASPURI. Syyhh! =D


Maryam :
~Apakah dugaan menjadi exco?

Ain :
#BANYAK! Terlalu banyak. Tapi biasalah...


About Me Myspace Comments

Maryam :
~Bagaimana Kak Ain menangani semua halangan dan dugaan tersebut?

Ain :
#Just senyum! Fikir dari perspektif Islam. Pentingnya sangka baik ataupun husnuzzhan.

Maryam :
~Bagaiamanakah Kak Ain membahagikan masa antara tugas di sekolah, asrama, sebagai pelajar, bersama kawan dan keluarga?

Ain :
#Just buat kerja. Mudahnya, tak bertangguh dalam melakukan kerja. Skop kerja yang luas membuatkan tanggungjawab saya besar. Justeru, bertangguh bukanlah satu amalan yang bagus.

Maryam :
~Sebagai Ketua Umum, bagaimanakah Kak Ain membuat sesuatu keputus?

Ain :
#Untuk perkara yang harus berbincang, saya akan syura ramai-ramai dengan exco lain, bawa naik ke pihak ustaz. Syura dengan ustaz pula. Kalau ustaz kata okey, teruskan...

Maryam :
~ Sebagai Ketua Umum juga, bagaimanakah Kak Ain menegur kawan-kawan Kak Ain yang bermasalah?

Ain :
# Jangan jemu tegur mereka. Kena tegur dengan berhemah. Walau macam mana sekalipun nak tegur, harus dimulakan dengan salam. Kena sabar banyak-banyak.

Maryam :
~Sebagai senior, bagaimanakah Kak Ain mendekati adik-adik, terutamanya tingkatan satu dan dua?

Ain :
#Selalu tegur dan sengih. Saya pernah jadi junior. Jadi saya pernah merasa betapa gembiranya apabila ditegur oleh senior ataupun kalau senior senyum pun, sudah mencukupi!

Maryam :
~Harapan Kak Ain kepada ASPURI tahun ini sebagai Ketua Umum?

Ain :
#Saya sangat berharap, agar ada pelajar-pelajar cemerlang yang keluar dari ASPURI. Maksud keluar di sini ialah, biarlah ada pelajar cemerlang hasil ASPURI. Selama ini, rekod pelajar cemerlang dipelopori mereka yang berulang. Saya sangat berharap ASPURI boleh membuktikan bahawa kami pelajar asrama juga mampu menjadi produk cemerlang MMP.

Selain itu, saya juga berharap agar tanggapan serong terhadap pelajar asrama selama ini boleh dihapuskan. Contohnya, apabila ada pelajar mengantuk, cikgu akan teka, itu pelajar asrama. Walhal, bukan semua yang mengantuk itu pelajar asrama...

Maryam :
~Apa yang akan Kak Ain lakukan jika Kak Ain tertekan?

Ain :
~Ingat Tuhan. Biasanya saya akan berkongsi cerita dengan seseorang.

Maryam :
~Menangis, ok ke tidak bagi Kak Ain?

Ain :
#Okey!

Maryam :
~Gambarkan Maryam dengan satu perkataan sahaja.

Ain :
#UNIK.

Maryam :
~Kata-kata terakhir dari Kak Ain.

Ain :
#Semoga apa yang saya ceritakan pada awak, tak menjatuhkan saya sebagai Ketua Umum, boleh membawa kebaikan untuk kita bersama dan saya juga akan berusaha dalam mengislahkan diri saya sendiri. Doakan kejayaan saya!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itulah serba sedikit hasil temuramah saya dengan orang nombor satu ASPURI 2009, Nur
_ _ _ _ _ _ Ain. Selepas beberapa tapisan, inilah hasilnya.

Jangan risau.

Ilmunya teta ada, tetap berguna dan bermanfaat. Semoga kita sama-sama boleh menjumpai segala ilmu yang tersurat dan tersirat. Sama-samalah kita berkongsi ilmu.

Sungguh, perasaan kagum saya pada Kak Ain tidak dapat saya elakkan. Makin bertambah! Dia kelihatan seperti biasa. Seolah dia tidak punyai apa-apa tanggungan. Seperti orang biasa. Seoleh-olah tugas yang menimbun di pundaknya langsung tidak menjejaskannya.

Dia suka tersenyum! Selalu tersenyum! Tanpa mengira keadaan dirinya yang gembira atau sedih, dia akan tetap senyum.

Wah!

Saya faham perasaan sakitnya apabila senyum dalam tangisan. Pedih! Namun menurut Kak Ain, biasalah tu..

Subhanallah!

Mabruk 'alaiki Kak Ain!

Akhir kalam,,,

Doakan yang terbaik buat Ain, saya dan kita semua.

Comment Back Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Sunday, August 30, 2009

Bersama Syafiqah Syamsuddin

Assalamualaikum wbt.

Hari Ahad, 30 Ogos, sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan ke-52. Hari 'nazak' sebegini, hanya orang-orang terpilih sahaja yang hadir ke sekolah kerana pasti ramai yang mahu menyambung cuti penggal bulan Ogos dengan Isnin esok. Ahad pun mereka turut cuti sendiri.

Antara yang terpilih ialah saya dan mangsa pertama saya untuk blog ini.

Secara peribadinya, saya mengagumi Nur Syafiqah binti Syamsudin kerana beliau bakal hafizah. Selain itu, beliau jugak bijak dan bertanggungjawab dalam membantu ketua kelas yakni bertindak sebagai pembantu ketua kelas atau naibah.

Selain naibah, Syafiqah sudah berjaya menghafal 5 juzuk AQ (pd bulan 6). Selain itu, beliau juga menerima Anugerah Pelajar Stimulang dan layak menerima bintang. Alhamdulillah.

Sebagai pembuka tirai, ikutilah wawancara khas saya bersama Al-Ukht Syafiqah.

Maryam :
~Ceritakan serba sedikit mengenai diri anda.

Syafiqah:
#Nama saya Nur Syafiqah binti Syamsudin, berasal dari keluarga yang sederhana. Sederhana yang saya maksudkan ialah tidaklah terlalu kaya atau terlalu miskin. Saya merupakan seorang pelajar Maahad Muhammadi (P), KB. Hanya seorang manusia biasa. Saya seorang yang bercita-cita tinggi. Saya mahu mengubah keluarga saya ke arah yang lebih baik.

Maryam :
~Sejak bilakah anda mula menghafal Al-Quran?

Syafiqah:
#Secara rasminya pada tingkatan 3 dengan menyertai kelas tahfiz di sekolah. Secara tidak rasminya, saya mula menghafal surah-surah kecil dan beberapa surah pilihan sejak darjah lima.

Maryam :
~Kenapakah anda menghafal Al-Quran?

Syafiqah:
#Pertamanya, hidayah dari Allah. Yang paling besar faktornya ialah galakan ibu saya. Selain itu, setelah meningkat remaja, keinginan untuk menghafal hadir secara sendiri dalam jiwa remaja saya.

Maryam :
~Bagaimanakah anda menghafal Al-Quran?

Syafiqah:
#Atas dasar Allah, saya sebenarnya menghafal AQ untuk mencari ketenangan kerana saya percaya dengan menghafal AQ, saya akan jadi tenang. Saya menghafal dengan cara jika saya menghafal satu muka surat, baca biar lancar dan fahami maksudnya. Kemudian, mulalah menghafal. Biasanya saya mengambil masa 1/2 jam untuk menghafal 1 muka surat.

Maryam :
~Bagaimanakah anda menjaga hafalan anda?

Syafiqah:
#Senang saja. Ulang banyak kali. Ustaz kelas tahfiz ada berpesan, kalau mahu menghafal yang baru, hafal betul-betul. 50 - 100 kali. Biasanya saya mengulang 3 muka surat terkebelakang sebelum memulakan hafalan baru.

TIP PENTING!

Ustaz pesan,

Kalau main, main betul-betul!
Kalau belajar, belajar sungguh-sungguh!

Maryam :
~Apakah cabaran anda dalam menghafal?

Syafiqah:
#BANYAK!

Antaranya masa PMR tahun lepas, saya tertekan dengan PMR namun tetap istiqamah hadirkan diri ke kelas tahfiz. Alhamdulillah, result ok.

TERBESAR sekali ialah syaitan. Kena lawan juga walau macam mana sekalipun. Saat itu, saya kembali ke niat asal. Saya mahu menghafal AQ kerana Allah.

Quotes Myspace Comments


Maryam :
~Adakah anda ada berpantang apa-apa?

Syafiqah:
#Saya tidak makan organ dalaman. Contohnya hati, limpa. Selain itu, makanan segera memang tidak menjadi kegemaran saya.

Maryam :
~Bagaimana anda menangkis semua dugaan dalam menghafal?

Syafiqah:
#Atas dorongan kakak-kakak senior dan kawan-kawan. Selain itu, ustaz dan ibu saya memainkan peranan penting. Nak menghafal ni, macam mana pun kena ada tok guru.

Maryam :
~Sejak bilakah anda minatkan AQ?

Syafiqah:
#Masa di tingkatan 3, saya betul-betul rasa cinta dan sayang pada Al-Quran. Agak terlambat juga lah..

Maryam :
~Apakah sasaran anda?

Syafiqah:
#Ikut sukatan tahfiz, ustaz kata kalau 3 juzuk setahun pun dah okey. Secara peribadi, saya mensasarkan sejuzuk sebulan. Ini merupakan salah satu usaha saya dalam berdakwah kerana saya mahu menegakkan Islam dengan hujah dan dalil dari AQ. Justeru, saya kena fasih dan faham AQ dengan betul.

Maryam :
~Bagaimanakah anda memastikan sasaran anda tercapai?

Syafiqah:
#Menurut ustaz saya, wujud satu hadith dhaif, wanita yang uzur dibolehkan menghafal AQ. Cuma halangannya, susah sikit untuk mengingat. Pada waktu uzur, saya mengulang AQ. Yang penting, kena ulang banyak kali dan sentiasa.

Maryam :
~Bagaimana anda membahagikan masa antara sebagai hafalan, tugas, belajar dan keluarga?

Syafiqah:
#Bagi saya, tugas sebagai pelajar adalah wajib kerana menuntut ilmu itu wajib. Waktu belajar, saya belajar. Waktu tugas, saya laksanakan tugas. Saya percaya pada keberkatan waktu.

Ustaz pernah berpesan, insya Allah, para huffaz akan Allah kurniakan keberkatan masa. Maksudnya di sini, mungkin di saat orang lain mengulangkaji, saya kena mengulang hafalan. Justeru, waktu mengulangkaji saya berkurang. Tetapi, Allah mengurniakan keberkatan masa. Insya Allah, walaupun dengan masa yang sedikit, pelajaran akan masuk dalam minda saya. Saya yakin dengan keberkatan masa, hidup dan rezeki.

AQ dah jadi sebati dalam diri saya. Tak ada halangan sebenarnya untuk saya bahagikan waktu.

Maryam :
~Apa yang akan anda lakukan jika anda tertekan atau stres?

Syafiqah:
#Saya relakskan diri dengan menonton tv dan mendengar radio. Lebih afdhal, ambil wudhu dan tunaikan solat sunat taubat. Biasanya saya tertekan kerana hafalan tak masuk. Faktornya bagi saya, maksiat yang saya lakukan harian.

AQ itu dari Allah. Saya nak menghafal AQ. Tetapi saya yakin, Allah takkan beri izin kepada saya untuk hafal AQ-NYa kalau saya buat maksiat.

Maryam :
~Bagi anda, menangis ok atau tidak?

Syafiqah:
#Sangat okey! Hidup saya penuh dengan tangisan. Saya akan tenang selepas menangis.

Maryam :
~Bagi anda, perlukah seorang bakal huffaz untuk mendalami Bahasa Arab terlebih dahulu sebelum menghafal?

Syafiqah:
#Ya, lebih afdhal.

Maryam :
~Gambarkan MARYAM dengan satu perkataan sahaja.

Syafiqah:
#BERKARISMA.

Maryam :
~Siapa Syafiqah 10 tahun lagi?

Syafiqah :
#Seorang pensyarah, dan mungkin seorang isteri! =D

Maryam :
~Kata-kata terakhir anda.

Syafiqah:
#Doakan saya sampai ke Mesir atau Jordan dan berjaya mencapai cita-cita saya sebagai pensyarah Bahasa Arab.

Maryam :
~Insya-Allah. Amin. Syukran, ukhti. Mabruk 'alaiki.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sungguh, saya mendapat ilmu yang banyak daripada hafizah ini. Justeru, saya sangat berharap ilmu yang ada, tersirat atau tersurat, kita kongsi bersama-sama. Semoga tujuan saya tercapai. Insya Allah.

Comment Back Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Wallahu'alam.

Wassalam.

Ikhlas,
Maryam Kamal.

Saturday, August 29, 2009

Mukaddimah

Assalamualaikum wbt...

Sekadar satu amanat pertama, membekalkan semangat buat saya sendiri.

Oleh itu, senang sahaja..

Sekeping foto menjelaskan 1000 hal. Seperti quote di bawah ini... Tafsirkan sendiri, mengikut kefahaman anda..

Belajar dari kelmarin, hidup untuk hari ini dan berharap untuk esok.. Erm?
Quotes Myspace Comments

Erm..
Semua orang punyai rekod kehebatan masing-masing. Tanpa mengira siapa, tanpa mengira pangkat mahupun usia ataupun jantina, semuanya mempunyai kehebatan sendiri yang jarang-jarang dipamerkan.

Saya mahu menghargainya...

Justeru, terciptalah blog ini...

Objektif blog ketiga saya ini diwujudkan adalah untuk merealitikan wawancara dan temu bual antara saya, selaku admin blog ini dengan beberapa orang yang pada lahiriahnya nampak biasa, namun dalamannya sangat luar biasa.

Sudah tentu orang-orang yang saya kagumi, secara peribadi!

Insya Allah.

Siapa orangnya?

Sesiapa pun mungkin boleh jadi...


Anda, mungkin?

=D

Insya Allah, dengan izinNya, wawancara pertama akan ditulis secepat mungkin. Siapa orangnya? Tunggu dan lihat... =)

Wallahu'alam.

Wassalma.

Ikhlas,
Maryam Kamal