Hari Ahad, 30 Ogos, sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan ke-52. Hari 'nazak' sebegini, hanya orang-orang terpilih sahaja yang hadir ke sekolah kerana pasti ramai yang mahu menyambung cuti penggal bulan Ogos dengan Isnin esok. Ahad pun mereka turut cuti sendiri.
Antara yang terpilih ialah saya dan mangsa pertama saya untuk blog ini.
Secara peribadinya, saya mengagumi Nur Syafiqah binti Syamsudin kerana beliau bakal hafizah. Selain itu, beliau jugak bijak dan bertanggungjawab dalam membantu ketua kelas yakni bertindak sebagai pembantu ketua kelas atau naibah.
Selain naibah, Syafiqah sudah berjaya menghafal 5 juzuk AQ (pd bulan 6). Selain itu, beliau juga menerima Anugerah Pelajar Stimulang dan layak menerima bintang. Alhamdulillah.
Sebagai pembuka tirai, ikutilah wawancara khas saya bersama Al-Ukht Syafiqah.
Maryam :
~Ceritakan serba sedikit mengenai diri anda.
Syafiqah:
#Nama saya Nur Syafiqah binti Syamsudin, berasal dari keluarga yang sederhana. Sederhana yang saya maksudkan ialah tidaklah terlalu kaya atau terlalu miskin. Saya merupakan seorang pelajar Maahad Muhammadi (P), KB. Hanya seorang manusia biasa. Saya seorang yang bercita-cita tinggi. Saya mahu mengubah keluarga saya ke arah yang lebih baik.
Maryam :
~Sejak bilakah anda mula menghafal Al-Quran?
Syafiqah:
#Secara rasminya pada tingkatan 3 dengan menyertai kelas tahfiz di sekolah. Secara tidak rasminya, saya mula menghafal surah-surah kecil dan beberapa surah pilihan sejak darjah lima.
Maryam :
~Kenapakah anda menghafal Al-Quran?
Syafiqah:
#Pertamanya, hidayah dari Allah. Yang paling besar faktornya ialah galakan ibu saya. Selain itu, setelah meningkat remaja, keinginan untuk menghafal hadir secara sendiri dalam jiwa remaja saya.
Maryam :
~Bagaimanakah anda menghafal Al-Quran?
Syafiqah:
#Atas dasar Allah, saya sebenarnya menghafal AQ untuk mencari ketenangan kerana saya percaya dengan menghafal AQ, saya akan jadi tenang. Saya menghafal dengan cara jika saya menghafal satu muka surat, baca biar lancar dan fahami maksudnya. Kemudian, mulalah menghafal. Biasanya saya mengambil masa 1/2 jam untuk menghafal 1 muka surat.
Maryam :
~Bagaimanakah anda menjaga hafalan anda?
Syafiqah:
#Senang saja. Ulang banyak kali. Ustaz kelas tahfiz ada berpesan, kalau mahu menghafal yang baru, hafal betul-betul. 50 - 100 kali. Biasanya saya mengulang 3 muka surat terkebelakang sebelum memulakan hafalan baru.
TIP PENTING!
Ustaz pesan,
Kalau main, main betul-betul!
Kalau belajar, belajar sungguh-sungguh!
Maryam :
~Apakah cabaran anda dalam menghafal?
Syafiqah:
#BANYAK!
Antaranya masa PMR tahun lepas, saya tertekan dengan PMR namun tetap istiqamah hadirkan diri ke kelas tahfiz. Alhamdulillah, result ok.
TERBESAR sekali ialah syaitan. Kena lawan juga walau macam mana sekalipun. Saat itu, saya kembali ke niat asal. Saya mahu menghafal AQ kerana Allah.

Maryam :
~Adakah anda ada berpantang apa-apa?
Syafiqah:
#Saya tidak makan organ dalaman. Contohnya hati, limpa. Selain itu, makanan segera memang tidak menjadi kegemaran saya.
Maryam :
~Bagaimana anda menangkis semua dugaan dalam menghafal?
Syafiqah:
#Atas dorongan kakak-kakak senior dan kawan-kawan. Selain itu, ustaz dan ibu saya memainkan peranan penting. Nak menghafal ni, macam mana pun kena ada tok guru.
Maryam :
~Sejak bilakah anda minatkan AQ?
Syafiqah:
#Masa di tingkatan 3, saya betul-betul rasa cinta dan sayang pada Al-Quran. Agak terlambat juga lah..
Maryam :
~Apakah sasaran anda?
Syafiqah:
#Ikut sukatan tahfiz, ustaz kata kalau 3 juzuk setahun pun dah okey. Secara peribadi, saya mensasarkan sejuzuk sebulan. Ini merupakan salah satu usaha saya dalam berdakwah kerana saya mahu menegakkan Islam dengan hujah dan dalil dari AQ. Justeru, saya kena fasih dan faham AQ dengan betul.
Maryam :
~Bagaimanakah anda memastikan sasaran anda tercapai?
Syafiqah:
#Menurut ustaz saya, wujud satu hadith dhaif, wanita yang uzur dibolehkan menghafal AQ. Cuma halangannya, susah sikit untuk mengingat. Pada waktu uzur, saya mengulang AQ. Yang penting, kena ulang banyak kali dan sentiasa.
Maryam :
~Bagaimana anda membahagikan masa antara sebagai hafalan, tugas, belajar dan keluarga?
Syafiqah:
#Bagi saya, tugas sebagai pelajar adalah wajib kerana menuntut ilmu itu wajib. Waktu belajar, saya belajar. Waktu tugas, saya laksanakan tugas. Saya percaya pada keberkatan waktu.
Ustaz pernah berpesan, insya Allah, para huffaz akan Allah kurniakan keberkatan masa. Maksudnya di sini, mungkin di saat orang lain mengulangkaji, saya kena mengulang hafalan. Justeru, waktu mengulangkaji saya berkurang. Tetapi, Allah mengurniakan keberkatan masa. Insya Allah, walaupun dengan masa yang sedikit, pelajaran akan masuk dalam minda saya. Saya yakin dengan keberkatan masa, hidup dan rezeki.
AQ dah jadi sebati dalam diri saya. Tak ada halangan sebenarnya untuk saya bahagikan waktu.
Maryam :
~Apa yang akan anda lakukan jika anda tertekan atau stres?
Syafiqah:
#Saya relakskan diri dengan menonton tv dan mendengar radio. Lebih afdhal, ambil wudhu dan tunaikan solat sunat taubat. Biasanya saya tertekan kerana hafalan tak masuk. Faktornya bagi saya, maksiat yang saya lakukan harian.
AQ itu dari Allah. Saya nak menghafal AQ. Tetapi saya yakin, Allah takkan beri izin kepada saya untuk hafal AQ-NYa kalau saya buat maksiat.
Maryam :
~Bagi anda, menangis ok atau tidak?
Syafiqah:
#Sangat okey! Hidup saya penuh dengan tangisan. Saya akan tenang selepas menangis.
Maryam :
~Bagi anda, perlukah seorang bakal huffaz untuk mendalami Bahasa Arab terlebih dahulu sebelum menghafal?
Syafiqah:
#Ya, lebih afdhal.
Maryam :
~Gambarkan MARYAM dengan satu perkataan sahaja.
Syafiqah:
#BERKARISMA.
Maryam :
~Siapa Syafiqah 10 tahun lagi?
Syafiqah :
#Seorang pensyarah, dan mungkin seorang isteri! =D
Maryam :
~Kata-kata terakhir anda.
Syafiqah:
#Doakan saya sampai ke Mesir atau Jordan dan berjaya mencapai cita-cita saya sebagai pensyarah Bahasa Arab.
Maryam :
~Insya-Allah. Amin. Syukran, ukhti. Mabruk 'alaiki.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sungguh, saya mendapat ilmu yang banyak daripada hafizah ini. Justeru, saya sangat berharap ilmu yang ada, tersirat atau tersurat, kita kongsi bersama-sama. Semoga tujuan saya tercapai. Insya Allah.

MyNiceSpace.com
Wallahu'alam.
Wassalam.
Ikhlas,
Maryam Kamal.
No comments:
Post a Comment
Ingin dikenali? ;D