Friday, December 4, 2009

Sahabat-Sahabat Saya...

Friends Myspace Comments


Assalamualaikum wbt..

Sekadar satu tribute khas buat sahabat-sahabat yang mengajar saya erti manisnya ukhuwah antara kami.. Kebanyakan nama yang saya nyatakan di sini adalah nama-nama yang banyak menyokong seorang Maryam untuk terus berdiri kukuh, tercegat utuh di bumi Maahad.

Friends Myspace Comments


Yang paling utama, yang namanya perlu saya julang sebagai sahabat terbaik yang pernah saya miliki, sepanjang 16 tahun hidup sebagai manusia..

Awatif. Kemuliaan peribadi seorang Awatif boleh anda dapati di www.madihahdisini.blogspot . Selami dunia penulisan dan pandangan Awatif saya.

Di saat saya perlu dipuji, dia memuji.
Di saat saya perlu dikeji, dia mengeji.

Di saat saya kuat, dia memerhati dengan waspada.
Di saat saya longlai, dia menyokong penuh upaya.

Di saat saya ketawa, dia turut gembira.
Di saat saya berduka, dia tidak terkecuali daripada mengalirkan air mata.

Itulah Awatif saya,

yang tak jemu meluahkan rasa, yang tak bosan menitipkan kata...

Meskipun saya kejam padanya, dia tetap berdiri di belakang saya.
Meskipun saya jahat padanya, dia tetap menyokong saya.
Meskipun kami selalu berbeza, dia menjadikannya serupa.

Terima kasih Tuhan. Atas anugerahMu.. :)

Saya tidak sanggup membayangkan hari-hari saya di Maahad tanpa beliau.. tidak lengkap rasanya tidak bertemu dgn dia, meski untuk sehari.. Menjadi teman duduk di sebelah saya, kekosongan akan dirasai apabila beliau tidak hadir ke sekolah..

Quotes Myspace Comments


Yang kedua..

Alyani.

Terheretnya saya menjadi dhobithoh di bumi Maahad, saya terasa bagai terbeban dengan satu tanggungjawab besar di bahu ini. Terasa berat. Tapi saya menganggap itu bukan tanggungjawab. Tapi taklifat. Amanah. Amanah yang harus saya pikul dan saya tunaikan sebaiknya, walau apa cara sekalipun. Susah dan sulit rasanya..

Tapi Alyani mengubah persepsi saya.

Dia menyalurkan kekuatan.
Dia berkongsi pengalaman.
Dia menitipkan pesanan.
Dia memberikan panduan.
Dia meminjamkan pendengaran.

Yang lebih utama, kemanisan berukhuwah dan bersahabat lebih saya rasai. Saya mula rasa dihargai, apabila menerima ucapan terima kasih sebaik langsai melaksanakan tugas. Bukan mengharapkan balasan, tetapi apabila orang menghargai hasil kerja kita, terasa berbaloi penat yang dirasa.

Melalui Alyani, saya lebih dewasa.
Saya bukan lagi seorang pelajar biasa,
Yang datang ke sekolah untuk belajar semata-mata,
Yang selalu pulang tergesa-gesa,
Yang selalu merayau ke mana-mana..

Saya menjadi seorang yang baru..
Ke sekolah bukan sahaja menimba ilmu..
Tetapi juga menimba pengalaman baru..
Mengecap nikmat indahnya bersaudara..
Merasa lazatnya ukhuwah bersama..
Melalui jerih perit bersama..

Saya menjadi lebih teguh.
Saya menjadi lebih utuh.
Saya menjadi lebih kukuh!

Alyani mengajar saya, agar lebih dewasa. Tanpa beliau, mungkin saya masih di takuk lama...

Tidak mungkin untuk saya lupakan seorang Alyani, yang sudi mengubah saya ke haluan yang lebih baik..

Friends Myspace Comments


Yang ketiga..

Sufyah.

Agak terkejut juga apabila nama ini turut saya senaraikan. Kenapa? Kerana kami pernah berselisih pendapat. Bukan secara zahir, tapi batin. Maknanya, kami tidak bergaduh mulut. Tapi hati kami berperang sesama sendiri bersenjatakan mata.

Dia pernah menjadi ketua kelas saya semasa kami berada di Tingkatan 1. Hubungan kami terputus. Nasib menyebelahi saya pada mulanya, apabila saya naik ke kelas yang lebih elok di tingkatan 2. Di tingkatan 3, Suf meloncat ke kelas pertama dan menjadi seorang dhobithoh. Jika saya tidak menjadi dhobithoh di tingkatan empat, rasanya sampai sekarang saya dan dia masih seperti setahun dua kebelakangan ini.

Dia seorang yang baik. :)
[kawan saya semuanya baik. saya je yg jahat!]

Bersamanya, saya boleh berbicara apa sahaja. Dan saya masih ingat, dia teman pertama saya di Maahad yang saya bongkar kisah cinta monyet saya padanya. ;)

Kami menjadi renggang apabila saya menjadi 'budak nakal' di dalam kelas, apabila bergaul dengan beberapa 'budak nakal' juga. Sebagai raidah, kredibilitinya tercabar! Perpisahan kelas juga menjadi faktor kami menjadi lebih renggang.

Tapi saya masih menyenaraikan dia sebagai sahabat yang mencintai saya, dan saya juga mencintai beliau. Cinta sesama kami, sebagai kawan, fillah.. :)

Friends Myspace Comments


Seterusnya..

Irna.

Saya baru mengenalinya beberapa bulan kebelakangan ini. Di tingkatan tiga, saya belum pernah mendengar namanya, dan barangkali dia juga belum pernah mengenali saya. Kami bertemu di tingkatan empat, apabila kami sekelas.

Jujur saya katakan, pelajar kelas perdagangan dan ekonomi kurang bergaul dengan baik, menyebabkan saya dan yang lain agak susah untuk menyesuaikan diri di tingkatan empat, apabila pelajar dicampurkan. Alhamdulillah, kami berjaya, meskipun agak terlambat.

Beberapa bulan lalu, Irna menghubungi saya dan meminta pendapat saya. Kami berbual lama, sehinggalah beliau menyingkap rahsia terbesar dalam hidupnya. Yang saya rasakan ini akan mengikat kami sebagai kawan baik untuk tempoh jangka masa yang panjang. Dunia akhirat, barangkali!

Dua tiga bulan selepas itu, giliran saya pula memberitahu beliau rahsia saya, yang saya klasifikasikan sebagai penyimpul mati ukhuwah antara kami.

Melalui sajak-sajak yang beliau tulis untuk saya, yang boleh didapati di www.irnasofia.blogspot dan www.ungu-ranger.blogpsot , saya harus akui. Saya sangat menyayangi beliau. Saya sangat mencintai beliau. Dia yang saya panggil mama kadang-kadang, membuat saya lebih menghargai nikmat sihat, erti kehidupan dan manisnya berteman.

Khilaf saya kadangkala membiarkan dia sendirian, tidak dia hiraukan. Dia masih menjadikan saya teratas di hatinya, kerana katanya, kata-kata saya sudah cukup untuk menemaninya.

Mama, we are far away. But in heart, we are tied!

Kami melengkapi satu sama lain, dan menjadikan kelemahan masing2 sebagai kelebihan..

Friends Myspace Comments


Seterusnya..

Shuhaida Jusoh.

Tingkahnya bagi saya agak aneh. Kadangkala pelik. Ada masanya jelik. Selalunya, dia menyenangkan saya. Kesetiaannya pada saya, ketaatannya pada seorang dhobithoh, kewibawaannya sebagai pelajar dan ahli BADATI serta anak tunggal, dan kecekalannya. Dia membuatkan saya kagum.

Friends Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Seterusnya,

Mereka ini ialah insan-insan yang menyedarkan saya erti sahabat sejati. Di bumi Maahad, inilah orangnya yang menemukan saya dengan kehebatan ukhuwah.

Asma dan Amira.

Dulu kami bersama. Bagaikan belangkas. Tak lengkap hari kami di sekolah tanpa salah seorang. Aneh jadinya.

Tahun ini kami terpisah.
Masing2 dah berubah.

Masing2 sudah punyai teman baru.
Masing2 sudah punya kehidupan baru.

Namun, nama mereka masih saya pahat di hati, sebagai antara sahabat sejati di Maahad..

Kami tidak selalunya bersama, tetapi kami tahu, antara kami, ada sesuatu yang mengikat..

Friends Myspace Comments


Seterusnya..

Insan pertama yang memarakkan kembali api cita-cita di hati saya, yang sumbunya kian malap.

Fareeha Aisyah Aziz.

Berkongsi cita-cita sebagai juruterbang yang kian hari kian dirasakan sebagai mustahil, kami bebas berkongsi cerita. Kami bebas bertukar cereka. Kami bebas bercakap apa sahaja, asalkan mengenai cita2 kami.

Dia memberikan saya kekuatan. Dia membuatkan saya kagum dan kadangkala cemburu dengannya. Dengan ketabahan yang dia miliki. ;)

Friends Myspace Comments


Seterusnya..

Afifah, atau saya sapanya dengan nama Kak Eifa.

Kami saling mengenali sejak tingkatan 1 lagi, meskipun tidak akrab. Hanya akrab di tingkatan 3. Atas sebab apa? Entah! Keaiajaiban kuasa persahabatan yang mematrikan hubungan kami.

Yang pasti, dia selalu ada untuk saya, meskipun saya jarang ada untuknya. Yang paling membuat saya terharu, tahun ini dia menghadiahkan seutas gelang mutiara bersulam permata. Nampak agak mahal, sesuai dengan harganya yang mungkin dikongsi bayar dengan seorang lagi sahabat, Suziati. Saya terharu, kerana jujur saya katakan, ketika itu saya langsung tidak mengingati hari lahirnya eifa. Jahat, kan?

K.eifa, k.eifa ajar k.yam jadi sahabat yang lebih berperanan dan bertanggungjawab. Sorry yaaa!

Friends Myspace Comments



Di minda saya, inilah nama-nama yang boleh saya ulas sebagai sahabat terbaik..

Ada lagi...

Athirah Ghaffar, Syafiqah Shamsuddin, Huda Hassan. Farhana Azman, Zidni Nuran, Zeti Azham, Aliah Amirah, Afiah Abdul Kadir .. (sekadar menyebut beberapa nama) .

Yang lain, jangan bimbang.. Anda tiada di minda saya sekarang, tapi anda selalu di hati saya.. ;)

Friends Myspace Comments


Khas untuk semua...

Terima kasih!

Tanpa anda melengkapkan seorang Maryam, saya masih di takuk lama. Saya masih Maryam yang tak tahu apa-apa. Saya masih Maryam yang tidak punyai apa-apa.

Terima kasih sangat-sangat! Dan jutaan maaf, kerana saya bukanlah sahabat terbaik untuk anda..

Tolong!

Jangan pernah henti menyayangi saya, dan menyokong saya, kerana tanpa anda, siapalah saya...

Semoga Allah memberkati kita semua.. dan ukhuwah ini fillah, abadan abada..

Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Mabruk!

Wallahu'alam.

Wassalam.

Friends Myspace Comments



~Maryam Kamal.

3 comments:

  1. saya?
    irna?
    emm,
    thnks.
    sangat2 mhargainya.
    it's nothing compared to what you did to me.
    :)
    till my last breath,
    love u forever.

    ReplyDelete
  2. irna,
    dun mention that sweetie.

    Allah knows the value of friend,
    so He creates you for me,
    and I for u.

    :)

    ReplyDelete
  3. best dapat follow blog ni :)
    kalau free singgah la ke blog saya, bg comment and nasihat.
    http://fahmiefiras.blogspot.com/

    ReplyDelete

Ingin dikenali? ;D